Sunday, January 10, 2010

Pergilah Air Mata 15

bab 15

"MANA duit aku?"
M a r i a
menjeling tajam. Wajah
Iskandar direnung geram. "Duit apanya? Bukan kau yang
kena tangkap dengan Ina. Dia dah kena tangkap dengan
orang lain."
"Itu bukan masalah aku. Yang penting, ikut
rancangan, kau akan bayar aku, kan? Cepat bayar! Dahlah
melepas peluang aku nak kahwin dengan Ina. Sekarang, duit
aku pun kau tak nak bagi?"
"Kau melepas, sebab kau bodoh. Yang kau bagi
nombor bilik yang salah, kenapa?"
"Helo, Mar. Pembetulan. Bukan aku yang bodoh.
Tapi, kau tu yang bengap. Pekak. Aku bagi nombor lain, kau
pergi cakap nombor lain. Dah! Aku tak nak cerita panjang.
Bagi duit aku. Aku dah buat apa kau suruh!"
Maria menjeling tajam.
"Cepatlah! Dahlah sewa bilik hari tu pun, pakai duit
aku. Aku tak claim pun, tu dah kira nasib baik tau!"

Maria mengeluh panjang. "Yalah… yalah… nanti
aku bank in kat akaun kau!"
"Bagi cashlah…."
"Aku tak ada cash sekarang!"
"Cek?"
"Hesy! Aku kata nanti, nantilah! Jangan risaulah.
Aku takkan lari punya!"
"Dah lebih sebulan kau cuba lari daripada aku.
Bukan aku tak tahu!"
Selamba lelaki itu bersuara, membuat wajah Maria
memerah menahan geram. "Aku bukan larilah. Banyak benda
yang aku kena uruskan. Aku janjilah, by next week kau dapat
duit tu. Kerja tak buat, senang-senang kau angkut duit ya?"
"Yalah. Tak ada dalam perjanjian kita, kalau misi
gagal, upah dikira hangus. Kan?"
"Banyaklah kau punya misi. Nasib baik nombor aku
bagi tu, ada lelaki kat dalamnya. Kalau dibuatnya bilik
perempuan? Sia-sia aja aku rancang semua ni, tahu tak?"
Iskandar tergelak riuh mendengar rungutan itu.
"Tapi, aku terkilanlah…."
Maria merenung wajah Iskandar. "Terkilan apa
pulak?"
"Yalah. Kalau bukan kerana kebodohan kau tu,
Sabrina dah selamat kahwin dengan aku sekarang. Dah jadi
isteri aku pun, tahu tak? Ni… sebab kau, aku putih mata."
Maria tersenyum kecil. "Kau ni, betul-betul nak
kahwin dengan dia ke… cuma nak dia aja?"
"Aku suka Sabrina tu. Manja. Comel. Bahagia kalau
aku dapat dia."

"Yalah tu. Bukan aku tak kenal buaya macam kau
ni. Semua perempuan buat kau bahagia."
Iskandar tersenyum. "Kalau aku jumpa dia sekali
lagi…."
"Tak payah nak beranganlah. Dia dah jadi menantu
Datuk pun."
"Maksud kau?"
"Aku tersilap bagi nombor bilik anak Datuk kat
dia."
"Siotlah kau, Mar!"
"Nak buat macam mana? Aku bukannya sengaja."
"Sepatutnya kau kena bayar aku double, tahu tak?"
"Jangan nak mengada-ada! Aku nak bagi, dah kira
cukup bagus, tau tak?"
Iskandar tersenyum lagi. "Ada lagi ke perempuan
yang kau nak bagi tangkap basah dengan aku?"
"Mana ada? Jangan nak mengada-adalah!"
"Manalah tahu, kan? Tapi, aku hairanlah. Kenapa
kau buat macam tu kat Ina? Best friend kau pula tu."
"Aku ada sebab aku sendiri!"
"Sebab Ikmal ke?"
Maria diam.
"Jahat betullah kau ni!
"Mulut tu jaga sikit, ya? Kalau aku ni jahat, kau tu
apa? Yang kau sanggup nak tolong tu, kenapa?"
"Yalah. Dah kau suruh aku kena tangkap basah
dengan gadis idaman aku, mestilah aku nak. Dah lama aku
perhatikan Ina tu. Susah sangat nak dekat. Asyik dengan

kekasih dia aje. Tu yang buat aku geram tu. Aku suka sangat
kalau dapat makan ayam hutan ni."
"Sudahlah tu. Jangan nak berangan depan aku.
Ayam kau tu, dah masuk dalam sangkar emas dah. Tak usah
nak bermimpilah. Kalau nak, pergi cari perempuan lain!"
"Takkan sama dengan Ina tu…."
"Diamlah! Macam dah tak ada cerita lain kau nak
cakap, ya?" Maria bersuara geram.
Iskandar ketawa riuh. "Kau cemburu, kan? Kau
cemburu bila aku asyik puji Sabrina. Agaknya, sebab
cemburulah kau sanggup buat dia macam ni."
Maria menarik nafas panjang. Kata-kata Iskandar
terus melekat di kotak fikirannya.
"Ehem!"
Maria tersentak. Segera dia berpaling. Ikmal
tercegat di belakangnya. Sekuntum senyuman diukir buat
lelaki itu. "Dah habis berkemas ke?"
Ikmal tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia
melabuhkan punggung di sebelah Maria. Memandang kanakkanak
yang berkejaran di halaman rumah pak longnya yang
luas itu. Majlis kenduri kesyukuran sudah pun selesai.
"Kenapa?"
Maria berpaling. Sedikit hairan mendengar soalan
Ikmal yang cuma sepatah itu.
Ikmal merenung jauh ke hadapan. Tajam renungan
itu.
"Kenapa, apa?" soal Maria menagih penjelasan.
"Bila aku suruh mak aku buat keputusan, aku
mengharapkan agar kau tolak permintaan mak aku tu. Tapi,
kenapa kau tak tolak? Kenapa kau terima?"

Maria mengeluh perlahan. Dia faham maksud
Ikmal. "Entahlah, Mal… aku kasihan tengok muka mak kau."
"Kau tak kasihan pada diri kau sendiri? Bukan kecil
pertaruhan yang kau buat ni, Mar. Ini melibatkan masa depan
kau. Hidup kau. Mana boleh kau buat keputusan hanya
kerana kasihan? Aku tahu kau nak tolong kawan. Tapi, bukan
ni caranya untuk kau tolong aku, Mar. Terlalu besar
pengorbanan yang kau buat ni."
Maria tersenyum sambil merenung cincin permata
ruby yang menghiasi jari manisnya. Cincin yang sepatutnya
ibu Ikmal sarungkan ke jari manis Sabrina.
"Insya-Allah... aku takkan menyesal, Mal."
"Aku tak tahulah apa ayat yang mak aku guna
untuk pujuk kau. Berkali-kali aku tolak. Berkali-kali dia
nekad nak tanya kau. Kalau kau setuju, bermakna aku juga
kena akur. Itu keputusan muktamadnya. Kenapa kau setuju?
Itu yang aku paling tak faham."
"Entahlah. Anggaplah apa yang aku buat ni kerana
mak kau. Kerana maruah keluarga kau. Aku tak kisah kena
jadi bidan terjun macam ni." Maria bersuara separuh
melawak, membuat Ikmal tersenyum tawar.
"Tak sangka, kan?"
"Apa yang kau tak sangka?"
Ikmal memandang wajah Maria. "Kita diikat dengan
ikatan ni."
"Aku faham perasaan kau. Jangan salah faham
dengan tindakan aku ni. Aku tak nak kau anggap aku
mengambil kesempatan atas apa yang berlaku pada Ina. Atas
apa yang berlaku pada kau. Mak kau cakap, pak long kau dah
siapkan semuanya untuk majlis kenduri ni. Aku jadi tak

sampai hati nak kecewakan pak long kau. Kalau kau tak nak
teruskan pertunangan ni, tak apa. Aku reda. Lagipun,
semuanya dah selamat, kan? Kau boleh putuskan
pertunangan ni kalau kau mahu."
Ikmal memandang wajah Maria tajam. Tidak
percaya mendengar kata-kata Maria. Begitu sekali usaha
Maria untuk menjaga nama baik keluarganya. "Aku tak
sejahat tu, Mar. Takkan aku nak malukan keluarga kau pula,
setelah kau selamatkan air muka keluarga aku. Aku cuma
bimbang… bimbang nanti aku akan buat kau kecewa."
"Aku faham... aku tahu bukan senang kau nak
lupakan Ina. Lupakan kenangan kau dengan dia. Aku tak
kisah. Betul-betul tak kisah…."
Ikmal diam. Perlahan-lahan dia mengeluh.
Memandang wajah Maria sekali lagi. Begitu tulus hati gadis
ini. "Kalau aku tanya kau satu soalan, aku harap kau tak salah
faham."
Maria tersenyum manis. Memandang wajah Ikmal
lama. Senang hatinya melihat wajah itu. Bagai mimpi, kini
dia duduk di hadapan lelaki itu sebagai seorang tunang.
Impian yang tidak pernah dia sangka akan menjadi kenyataan.
"Apa yang kau nak tanya?"
Ikmal diam. Seketika, dia cuma tunduk.
"Hei, tanyalah. Apa dia? Aku dengar ni," tanya Maria
sambil menepuk bahu Ikmal.
Ikmal tersenyum seketika.
"Apa yang kau harapkan dengan menjadi tunangan
aku?" soal Ikmal perlahan-lahan. Soalan yang membuat Maria
sedikit tersentak.
"Sorry! Aku tak berniat nak buat kau tersinggung.

Aku cuma nak tau." Cepat-cepat Ikmal memohon maaf sebaik
melihat riak wajah Maria yang berubah tiba-tiba.
Maria mengukir senyum. Sedikit kelat. "Aku tak
harapkan apa-apa…."
"Maksud kau?"
"Niat aku ikhlas. Aku nak tolong kawan. Selebihnya,
aku serahkan pada takdir. Biarlah takdir yang tentukan
segala-galanya. Apa yang boleh aku buat cuma satu, berusaha
membuat hidup kita menjadi lebih bermakna. Walaupun tak
menjadi terlalu baik, sekurang-kurangnya biarlah kehidupan
kita hari ni lebih baik daripada semalam. Dan esok…
kehidupan kita menjadi lebih baik daripada hari ni. Itu aja."
Ikmal diam.
"Dan, untuk tu… kita perlulah berusaha, Mal.
Berusaha untuk menjadi orang baru. Jangan biarkan kisah
sedih tu terus merantai jiwa kita. Untuk aku berusaha
sendirian, memanglah payah. Kita perlu sama-sama berusaha,
kalau kita nak kekalkan ikatan ni. Aku tak akan mendesak.
Jauh sekali memaksa. Keputusan ada di tangan kau. Aku akan
terima dengan senang hati."
"Kau ni, memang pandai berkata-kata. Setiap patah
perkataan yang keluar dari mulut kau, penuh dengan
motivasi. Bercakap dengan kau, buat aku rasa macam aku
tengah hadiri sesi kaunselinglah pulak." Ikmal bersuara
separuh bergurau.
"Suka hati kaulah, kau nak cakap apa," kata Maria
sambil tergelak kecil.
Ikmal tersenyum. "Kau tahu, Mar?"
Maria memandang wajah Ikmal sambil angkat
kening.

"Bila dengar kau cakap, aku rasa macam senangnya
hidup aku ni. Senangnya nak buat begitu. Senangnya nak
buat begini. Tapi, kenapa bila aku cuba, rasanya macam susah
sangat?"
"Sebab kau biarkan hati kau terus dibelenggu
cerita-cerita sedih tu. Kau sayang nak lepaskan kesedihan tu.
Kau rasa bersalah nak buang cinta Ina."
Ikmal diam. Barangkali Maria benar. Dia merelakan
dirinya larut dalam kesedihan semata-mata kerana dia ingin
dekat dengan Sabrina. Dia ingin terus merasai cinta Sabrina.
Dia ingin Sabrina terus wujud di hatinya.
Maria menatap wajah Ikmal. Perlahan-lahan dia
mencapai tangan lelaki itu. "Just let her go. Itu akan buat kau
rasa tenang. Dan akan beri kau semangat untuk bina hidup
baharu."
"Tak semudah yang kau cakap, Mar."
"Aku tahu ia tak mudah. Sebab tu aku takkan paksa
kau. Cuma aku minta, kau cuba sedikit demi sedikit. Cuba
belajar hidup tanpa Ina. Tanpa kenangan Ina. Dan tak salah
rasanya kalau kita bina kenangan baru pula."
"Terima kasih, Mar. Terima kasih kerana jadi
sahabat aku. Kalau kau tak ada, aku tak tau macam mana nak
hadapi semua ni," kata Ikmal sambil memandang Maria.
Maria tersenyum. "Tak apa… cukup-cukuplah
berterima kasih pada aku. Aku tak ada buat apa-apa pun!"
"Tak. Kau telah kembalikan semangat aku yang
hampir hilang."
"Aku sedia membantu, selagi kau mahu dibantu. Itu
yang paling penting. Semuanya tak bermakna, kalau kau
sendiri tak nak berusaha."

"Aku akan cuba."
"Bagus. Tu yang aku nak dengar."
Ikmal tersenyum kecil. Namun, entah kenapa,
dalam azamnya yang baru, wajah Sabrina masih datang
mengganggu. "Entah macam manalah Ina sekarang. Aku
harap sangat dia bahagia. Walaupun dia tak kahwin dengan
aku. Aku tak sanggup nak tengok Ina terseksa."
Maria diam seketika. Perlahan-lahan dia angkat
muka. Wajah Ikmal ditatap seketika. "Mungkin dia sedang
bahagia sekarang…."
Ikmal membalas renungan Maria. Mungkinkah
Maria mengetahui sesuatu tentang Sabrina? "Maksud kau?"
Maria angkat punggung dan berdiri di hadapan
Ikmal. "Hari tu aku ada telefon rumah mertua dia."
"Mana kau dapat nombor telefon dia?"
"Masa dia balik ambil barang dulu."
"Kau bercakap dengan dia? Dia apa khabar?"
Laju soalan itu meniti bibir Ikmal. Membuat hati
Maria terhiris perlahan-lahan. Namun, dia kena terima. Dia
harus terima ini semua. Membantu Ikmal melupakan nama
Sabrina, sedikit demi sedikit. Dan dia maklum, itu bukanlah
satu tugas yang mudah.
"Tak. Aku tak bercakap dengan dia. Orang gaji dia
yang jawab."
Ikmal kelihatan sedikit hampa.
"Dia tak ada di rumah masa aku call. Kata orang
gaji dia, Sabrina ke Pangkor. Honeymoon…."
Wajah Ikmal berubah serta-merta. Tiba-tiba dia
dilanda rasa cemburu yang teramat sangat.

"Mal... I’m sorry. Aku tak patut beritahu kau, kan?"
Ikmal menahan nafas.
"Berapa lama dia ke sana?" soalnya dengan nada
dingin.
"Dua minggu."
Ikmal menahan rasa. Kenapa dia perlu berperasaan
begini? Kenapa dia perlu berasa sakit? Seharusnya dia
gembira kerana Sabrina kini bahagia. Bukankah itu yang dia
inginkan? Namun ternyata berita itu menjadi duka buatnya.
Ternyata kata-katanya sebentar tadi cumalah luahan hipkorit
dari hatinya. Dia memang mahu Sabrina bahagia. Dia
memang mahu Sabrina gembira. Tetapi, dia mahu
kebahagiaan dan kegembiraan itu dikongsi bersamanya.
Bukan bersama lelaki lain.
"Mal…."
"Sorry. Aku rasa aku nak bersendiri sekarang ni…."
Ikmal bersuara perlahan. Pedih hatinya mendengar berita
tentang Sabrina.
Maria mengeluh perlahan. "Itu sebabnya kau kena
cuba lupakan Ina."
"Please, Mar…."
"Okeylah. Aku pergi. Tapi, kau… tolonglah jangan
layan sangat perasaan sedih kau tu. Ina boleh hidup
bahagia… buktikan kau juga boleh."
Ikmal diam. Tunduk melayan rasa pilunya.
"Be strong. Kalau bukan untuk kau… buatlah
untuk aku. Kalau bukan untuk aku… buatlah untuk mak
kau. Takkan kau sampai hati nak biarkan mak kau sedih
tengok keadaan kau macam ni."
Ikmal diam. Dalam tunduk, dia biarkan air matanya

menitis. Dia teringatkan pengorbanan Maria, juga harapan
ibunya.
"Aku masuk dulu. Apa-apa hal, panggil aku." Maria
bersuara sayu sambil melangkah.
"Tunggu, Mar!"
Pantas Ikmal menarik tangan Maria. Membuat
Maria tergamam seketika.
Perlahan-lahan Maria melabuhkan punggungnya di
sebelah Ikmal.
"Okey. Aku tunggu," ujarnya perlahan.
"Thanks, Mar…" bisiknya sambil menjatuhkan
wajah ke bahu Maria. Membiarkan bibir matanya memberat
dengan air mata.
"Please, Mal. Jangan jadi lemah macam ni."
Ikmal diam. Tidak menjawab. Cuma membiarkan
rasa sedih terus larut di dalam hatinya.

9 comments:

  1. BEST CITER NIH..DARI BAB 1, AIR MATAKU TAK BERHENTI MENGALIR..BERDERAIAN..TAPI ADA LAWAKNYA JUGAK..X SABAR NAK BELI NOVEL NIH..TAHNIAH CIK HANNIE..

    ReplyDelete
  2. la..smpai bab 15 je ke? igt smpai abes td..hehe. anyway..xsbr nk tgu gji n cri novel ni kt bookstore..congrats 2 u sis..

    ReplyDelete
  3. tahniah akak...memang best sgt novel nie..

    ReplyDelete
  4. saya suka buku ni..dah beli pada 10 jul. dah ulang-ulang baca bab-bab yang menarik berkali-kali. tak membosankan. tp lagi best kalo ada extra chapter Bad n Sabrina bahagia. ehehe, saya ni suka bab-bab hapy nih. anyway, 4 **** utk penulis. teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  5. not bad... best gak i dh bace sume novel dariy you miss Hanni .....tapiy yg i suke kuseru rindu itu....^_^...

    ReplyDelete
  6. Saya baru baca sampai bab 49. Tapi memang seronok baca buku ni. Cara penyampaian yg x klise. Masalah saya sekarang saya cuma dapat baca online kat Penulisan2u. X sabar nak tunggu masa free utk pergi ke Johor nak cari novel ni. Kat Singapore ni susah nak jumpa novel melayu. Tahniah utk penulis!

    ReplyDelete
  7. macamana ye saya nak dapatkan novel ni.

    ReplyDelete
  8. Smpi bab 49 je..bab yg sterusnya xda..

    ReplyDelete
  9. Smpi bab 49 je..bab yg sterusnya xda..

    ReplyDelete